♥ Let's Follow!!~ ♥

Slice Cheese Cake yg sgt2 Best!!~

Slice Cheese Cake ni Shaa wat malam tadi..
siap pukul 2.30 am...huhu
Risau gak tak jadi,
tgk ramai komplen kek bantat lah, jadi lempeng dan sebagainya...
Tapi Shaa wat gak..dengat semangat yg membara..(^_^)

Shaa ni
1st time bakar cara baine marie
1st time wat meringue
1st time wat
Cheesecake....
hihihih..
Alhamdulillah, 1st time buat terus jadi..
Selalunya beli ajer (^_^)
Ooh ya, Modal wat kek ni dalam RM6 ajer...jimat + sgt2 mudah dan mmg best!~
Resepi Credit :onigiri@Kak Ros


Bahan2
( kek saiz 20cm )

* 4-5 keping slice cheese
* 200 ml susu segar
* 70 gram butter atau marjerin
* 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
* 70 gram gula
* 4 biji telur saiz M
* beberapa titik esen vanila

Cara2

1. Siat slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair.
Kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
Masukkan adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Kek ini lembut dan ringan.


♥ so yummmmyy!!!!~♥

http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com