♥ Let's Follow!!~ ♥

BISKUT OAT ALMOND CHOCO CHIPS

Baru keluar dari oven..buat tengahari tadi tuk kudap2an...(^_^)
Biskut ni sgt crispy n wangi..Mmg best!~~`
Resepi asal dari Mummy7857 ..
Resepi bawah ni yg Shaa dah olahkan...


Resepi ♥♥
Butter + Minyak Sapi = 1 cawan
(butter dan minyak sapi ni jadikan satu cwn, terpulang nak butter lebih atau minyak sapi)
2 cawan Tepung Gandum
1 sk baking soda
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan oat -diblender halus
sedikit garam (ujung sudu kecil)
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
9 oz coklat bar-diparut
1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
3 sudu besar Oat

1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Satukan tepung, oat halus, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan yg dipukul tadi.
4. Masukkan Oat, parutan coklat bar dan almond. Gaul rata
5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png


MUFFIN CARROT KURMA

Gambar Muffin ni sha terlupa nak amik...
akan di usahakan (",)

Muffin Carrot Kurma ciptaan sha sendiri..
Alhamdullilah sedap dan jadi..

Tak manis sangat tp sedang2 aja...

So Next time kalau ada lebihan carrot dlm fridge..Insya' allah
(^_^)


Resepi ♥♥
100gm butter
100gm gula castor
200 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(* ayak bersama)
80 gm carrot -di sagat halus
60 gm Kurma - yg dipotong2 halus
120 ml susu segar
2 biji telur


1.Pukul butter dan gula kastor sehingga putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi..
3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak
bersama baking powder, kaup balikkan sampai sebati
4. Dan akhir sekali masukkan carrot, hirisan kurma dan susu segar,
Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata.
5. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap.
6. Bakar 190 'c selama 25-30 minit.

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

BISKUT DRAGON BALLZ

Biskut ni shaa wat masa Hari Raya aritu...
Biasanya shaa just buat yg plain, xde golek2 kat gula
atau nama glemernya "Biskut Suji"..
ehehe...
Haziq ske sgt makan biskut ni.. cantik dan sedap katanya..


Credits : Kak Hanieliza

Resepi ♥♥
250 gm tepung gandum

125 gm gula halus
(shaa guna "110gm gula halus " ..sbb bila golek ngan gula halus jadi agak manis..so kurangkan manis dlm biskut ajer)

125 gm minyak sapi

pewarna..merah ..kuning dan hijau
(shaa guna hijau, pink, pepel)


1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dan warnakan dengan warna yang berlainan setiap satu bahagian.

3. Cubit sedikit adunan dari setiap warna, cantumkan dan bulatkan.

4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20 minit.
5. Bila telah sejuk, golekkan biskut ke dalam gula halus dan masukkan semula ke dalam paper cup.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

Kedai Butik

Assalammualaikum
Sape2 berminat tuk soping online..
leh klik pic kat bawah....
ada macam2 pilihan :)




FACEBOOK : MYLOVELY SHAA BUTIK




DESSERT


Tepung Pelita versi moden..
tak kukus cuma bahan masak ats api dan kemudian isi dlm bekas..

Alkisahnyer...
Masa bulan ramadhan aritu ,shaa pergi Pasar Malam untuk membeli Tepung Pelita ini atas permintaan Haziq yg berpuasa..Mmg feveret Haziq pada tiap2 bulan ramadhan..

Tapi alangkah kecewanya...sbb tepung pelita yg dibeli sgt2 masin!!
Tuk tidak membuat sebarang pembaziran, lapisan putih diatas jer yg di buang...
huhuhu

so shaa nekad tuk buat tepung pelita sendiri....
cuma komen my hubby "cair sgt" but mmg best...
so next time leh cuba lagi (^_^)

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png


MUFFIN OAT ALMOND


Muffin ni shaa buat masa bulan ramadhan aritu...
Berbuka puasa dan makan2 tuk Birthday My Hubby yg ke 37....
Buat kecil2an ajer...
Menu Utama Nasi Ayam (^_^)
Resepi ni dari Mat Gebu, cuma sha ubah sket tuk selera sendiri ..

Resepi ♥♥
170 g butter
150 g gula kastor
4 biji telur
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
160 ml susu segar
100 g "Quaker Oat"*
80 g "almond nibs"*(*digaul rata)
*badam digoreng tanpa minyak dahulu

  1. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Tuang esen vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan almond dan quaker oat tadi. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap. Hias dengan sedikit almond atasnya jika suka.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada saiz muffin cup dan juga keadaan oven masing. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...