♥ Let's Follow!!~ ♥

MUFFIN OAT ALMOND


Muffin ni shaa buat masa bulan ramadhan aritu...
Berbuka puasa dan makan2 tuk Birthday My Hubby yg ke 37....
Buat kecil2an ajer...
Menu Utama Nasi Ayam (^_^)
Resepi ni dari Mat Gebu, cuma sha ubah sket tuk selera sendiri ..

Resepi ♥♥
170 g butter
150 g gula kastor
4 biji telur
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
160 ml susu segar
100 g "Quaker Oat"*
80 g "almond nibs"*(*digaul rata)
*badam digoreng tanpa minyak dahulu

  1. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Tuang esen vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan almond dan quaker oat tadi. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap. Hias dengan sedikit almond atasnya jika suka.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada saiz muffin cup dan juga keadaan oven masing. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...