♥ Let's Follow!!~ ♥

Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label MUFFIN. Show all posts

Kek Coklat Pisang

Maaf lambat update entry...
Buat kek ni sbb nak habiskan pisang yg masak ranum tu...
dah tak termakan, so baik buat kek...
Resepi asal dari Sis Yani...
tp cam biasa dah ubah sket... (^_^)
Thanks Sis Yani for marveles resepi...
sedap sangat..
psst : Muffin cup dah habis..
pakai loyang jer lah...
huhuh..so jadi lah Kek...
Bahan2
• 250g pisang
• 250g tepung gandum
• 125g mentega-cairkan
• 50g serbuk koko
• 125g gula halus
• 3 biji telur- suhu bilik
• 1 1/2 sudu kecil baking powder
• 125ml susu segar
• Almond Nibs (optional)


Cara2
1. Panaskan oven sehingga 180C.
Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
2- Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik.
Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
3- Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
4- Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
5- Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
6- Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
7- Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati.
8. Masukkan chocolate chip dlm kek dan gaul biar sebati,
Kemudian taburkan Almond Nibs di atas kek.
9- Bakar selama 40-45 minit.


Chef Haziq dan Muffin Vanniberry Coklat

Malam tadi wat projek muffin ngan Haziq..
Sebelum ni,
Asik dok tanya2 cam mana Ibu buat...
Mmg Shaa suruh tengok tiap2 kali buat..
tp tak senang hati dia kalau dok tgk ajer..
sana usik, situ usik..
Bila tegur, terus ajer ke depan...
huhuhu..


So kali ni,
Shaa suruh Haziq pukul Butter + Gula Halus sampai jadi putih...
Sambil2 buat tu, asik dok kata
"Bila lah nak putih ni"
lenguh lah tu....ehehe



Dah selesai semua masuk bahan2,
Isikan sesudu adunan ke dalam cup..
selang seli vanniberry ngan yg coklat..
Part ni mmg Haziq suka..
asal terkena jer kat tgn..
asik dok jilat...huhuhu


Taraaa...
So ini lah hasilnya..
p/s: yg comot2 tu lah yg Haziq buat :)

Ok..Resepi ni mmg sha ubah sket,
tak banyak, sket ajer..
diambil dr Mat Gebu, iaitu MARBLE VANILLA MUFFINS
yg mana resepi asal dr MamaFami..
Bak kata En Mat Gebu , adunan ni mmg agak pekat sedikit
tp hasilnya sgt lembut dan sodap :)

BAHAN2

180 gram mentega
140 gram gula halus - 125g Gula halus
220 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml susu segar - 100 ml Susu Strawberry UHT
1 1/4 camca teh esen vanilla - 1 camca teh Vanilla
1 1/4 camca teh coklat emulco - 1 camca teh coklat Emulco
1 sudu besar Serbuk Coklat

Note: Font biru tu bahan yg Shaa ubah tuk jadi Muffin Vanniberry Coklat..
yg lain adalah sama :)

CARA2

1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, kacau rata dan bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu biar pada warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco, kacau rata2.
4. Sudukan adunan kosong ke dalam muffin cup tadi, diikuti adunan coklat, isi 3/4 penuh dan gunakan lidi sate atau chop stick, lorekkan sehingga mendapat kesan marble.
5. Bakar 20 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...


♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

MUFFIN CARROT KURMA

Gambar Muffin ni sha terlupa nak amik...
akan di usahakan (",)

Muffin Carrot Kurma ciptaan sha sendiri..
Alhamdullilah sedap dan jadi..

Tak manis sangat tp sedang2 aja...

So Next time kalau ada lebihan carrot dlm fridge..Insya' allah
(^_^)


Resepi ♥♥
100gm butter
100gm gula castor
200 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(* ayak bersama)
80 gm carrot -di sagat halus
60 gm Kurma - yg dipotong2 halus
120 ml susu segar
2 biji telur


1.Pukul butter dan gula kastor sehingga putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi..
3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak
bersama baking powder, kaup balikkan sampai sebati
4. Dan akhir sekali masukkan carrot, hirisan kurma dan susu segar,
Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata.
5. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap.
6. Bakar 190 'c selama 25-30 minit.

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

MUFFIN OAT ALMOND


Muffin ni shaa buat masa bulan ramadhan aritu...
Berbuka puasa dan makan2 tuk Birthday My Hubby yg ke 37....
Buat kecil2an ajer...
Menu Utama Nasi Ayam (^_^)
Resepi ni dari Mat Gebu, cuma sha ubah sket tuk selera sendiri ..

Resepi ♥♥
170 g butter
150 g gula kastor
4 biji telur
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
160 ml susu segar
100 g "Quaker Oat"*
80 g "almond nibs"*(*digaul rata)
*badam digoreng tanpa minyak dahulu

  1. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Tuang esen vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan almond dan quaker oat tadi. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap. Hias dengan sedikit almond atasnya jika suka.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada saiz muffin cup dan juga keadaan oven masing. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com