♥ Let's Follow!!~ ♥

Kek Coklat Pisang

Maaf lambat update entry...
Buat kek ni sbb nak habiskan pisang yg masak ranum tu...
dah tak termakan, so baik buat kek...
Resepi asal dari Sis Yani...
tp cam biasa dah ubah sket... (^_^)
Thanks Sis Yani for marveles resepi...
sedap sangat..
psst : Muffin cup dah habis..
pakai loyang jer lah...
huhuh..so jadi lah Kek...
Bahan2
• 250g pisang
• 250g tepung gandum
• 125g mentega-cairkan
• 50g serbuk koko
• 125g gula halus
• 3 biji telur- suhu bilik
• 1 1/2 sudu kecil baking powder
• 125ml susu segar
• Almond Nibs (optional)


Cara2
1. Panaskan oven sehingga 180C.
Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
2- Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik.
Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
3- Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
4- Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
5- Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
6- Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
7- Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati.
8. Masukkan chocolate chip dlm kek dan gaul biar sebati,
Kemudian taburkan Almond Nibs di atas kek.
9- Bakar selama 40-45 minit.


0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...