♥ Let's Follow!!~ ♥

Jalan2 cari Jalan~ lalala...

Petang tadi Acik Auz bawa Haziq ngan Ibu gi jalan2...
Auz ni adik Shaa...:)
Selain kami ni, Shaa ajak Luqman anak jiran sebelah umah tuk jalan2 sekali..
Nak pergi ke Muzium Samudera yg terletaknya di Banda Hilir, Melaka...

Oleh kerana Angah baru sampai dari KL semalam,
jadi kami plan tuk jalan sama bawa anak2 time cuti skolah ni...
tapi angah nak gi Zoo Melaka dulu...
So Angah ngan family dan Mak gi Zoo dulu tanpa kami ni..
Memandangkan kami dah gi banyak kali ke Zoo..so malas lak nak pergi lagi...
letih wooo nak jalan...tp bagusnya...budak2 ni leh kenal macam2 binatang2 ni...

Agak dalam kul 5ptg, Angah tepon dia dah kuar dr Zoo Melaka menghala ke Muzium Samudera...
Jadi jumpa kat depan Muzium Samudera dalam kul 5.45ptg....

Masuk dengan bayaran tuk Dewasa RM3...
kanak2 RM1
Dan bawah 6tahun adalah percuma
Satu tiket ni bleh masuk tuk 3 Muzium
Muzium Samudera Fasa 1 (Kapal Flor De Lamar)
Muzium Samudera Fasa 2
Muzium TLDM...

Lepas je bayar wet tiket, akan dapat 1plastik tuk isi kasut..
Kat ats kapal tu xbleh pakai..so bawalah plastik tu kehulu hilir masa dlm kapal tu...
hihihi

Oleh kerana enset ku xcanggih, so bila amik pic kat dlm kapal tu...
tak bper nak cantik...jadi amik pic kat luar yg tah bper kerat jerr...
sampai Haziq pelik....biasa Ibu asik amik pic..
ehehehe

Pic ni kat luar Muzium...jadi lah kan wat cuci2 mata....
Luqman, Abang Afif dan Haziq

Luqman dan Haziq posing atas Kapal Flor De Lamar
time ni tengah hujan rintik2..

Oooh ya....Baju yg Haziq pakai tu yg diiklan oleh Shaa sebelum ni...
" Stylish Shirt with Tie"
makin bertambah kacak kan.... =)

Sambung balik....
Keluar je dr Muzium TLDM dlm kul 7ptg,
so kami bertolak ke Masjid Selat..yg tak berapa jauh dari situ...


Gambar ni kredit to Firdaus Mahadi...
Sebab dah Maghrib, so xdelah nak amik gambar...
tuk tatapan org yg xpernah lagi ke Masjid Selat...ni lah rupanya bila diambil time waktu malam
Cantikkan!!~

So dalam kul 7.45 mlm kami trus ke Melaka River Cruise..
Tuk Dewasa bayaran Tiket sebanyak RM10
Kanak2 RM5...

Perjalanan memakan masa 45minit dan jaraknya adalah 9km..
Kami dibawa menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot....
Sepanjang perjalanan itu akan diberitahu tentang pembangunan
seperti Kampung Morten, Kampung jawa dan sebagainya...
Juga perkara2 menarik dan sejarah sepanjang Sungai Melaka...

Kami balik tepat pukul 9malam...cukuplah kisah arini....harap2 xde yg jemu baca citer ku ini..hik2

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com