♥ Let's Follow!!~ ♥

Mary Stay out All night


Also known as : Mary is Out at Night/Marry Me, Mary!
Genre : Romance, Comedy
Episode : 16
Broadcast Network : KBS2, 2010


Drama ni pengganti cerita Sungkyunkwan Scandal.
tak sure plak kalau kat chanel 391 ada ke tak...
tp leh tgk kat online kan :P

Cerita ni di adaptasi dari comic online
"Maerineun Uibakjoong" karya Won Su Yeon..

Ditayangkan di internet pertama kali pada 6 Febuari 2009..
dan diterbitkan ke buku komik pada 24 Nov 2009...

Dan kalau anda nak tau, Wong Su Yeon ni gak yg menulis cerita "Full House"
dan kemudian di adaptasi menjadi drama Full House,KBS 2004


Ok, ni pelakon2 utamanyer...


Mary (Moon Geun Young) adalah wanita yang penuh semangat.
Ayahnya adalah seorang bisnesman yg gagal. Tapi Mary sangat sayang ayahnya.
Mary tidak ke sekolah buat sementara waktu kerana tidak dpt nak bayar tuk yuran sekolahnya. Mary mulai bekerja untuk meneruskan kehidupannya.

Suatu hari, ayah dia ni nak Mary kahwin dengan Jung In untuk membayar hutangnya.
Mary bila dengar rancangan ayahnya
dia pun antar kan gambar perkahwinanya dengan pakwenya,Mu Gyul.


Mu Gyul (Jang Geun Suk), adalah vocalis utama dari band rock dan kehidupannya seperti hippies. Mu Gyul jenis xbanyak bercakap dan hanya ingin membuat muzik. Dia juga menderita trauma dengan ibunya dan sebab itulah dia cepat bosan dengan wanita...

Mu Gyul ni x tahu apa ertinya keluarga..Dia x tau apa erti setia, cinta dan kasih sayang..
Tapi bila Mu Gyul bertemu Mary, dia jatuh cinta pada Mary dan berhadapan dengan pesaingnya, Jung In...


Jung In (Kim Jae Wook) adalah pengarah syarikat muzik, JI Entertainment.
Jung In dilahirkan dalam keluarga kaya raya. Seorang yg sopan..kira calon suami pilihan lah....

Tapi sebenarnya Jung In sangat dingin dan tidak berapa suka dengan dengan orang.
Kelemahan lain adalah dia tidak boleh menolak perintah ayahnya. Sehingga dia terpaksa kahwin dengan Mary. Jung In masuk ke dalam 100 hari perkahwinan palsu dengan Mary..tapi akhirnya jatuh cinta dengan Mary..



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4aVvr_jp1QO4rncDVuIVO6eHnn74bu0SEEhXXOs3wMR2CdNVlTYhhYVXLuZ51As6MTggfN30wx3D6ufuam0R2tyuLjFPCrgTDgb81BXWLRvrAf5VlkfkC6iUeWVRBw7SUQlzvVY3-vg/s1600/mary_kbs_007.jpg
Satu lagi watak pompuan adalah Seo Jun (Kim Hyo Jin)..bekas kekasih Mu Gyul..
Seo Jun ni seorang yg kaya dan pandai bergaya, sexy dan pada masa yg seorang yg cool..
Sangat sayang pada Mu Gyul..walaupun tidak bersama...
Dia selalu dtg ke konsert Mu Gyul secara sembunyi2 dan Mu Gyul sendiri xtahu....


---
Credit : Kadorama & Google

1 Sweet Kukis:

Mama Zara said...

sha, aku tag ko! kalo rajin silalah tgk ye:

http://familymoza.blogspot.com/2010/12/mama-kembar-3-buat-giveaway-yay.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com