11,000 unit kediaman
ditawarkan bermula Januari di seluruh negara
KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
menawarkan 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara kepada pembeli,
tanpa mengenakan bayaran wang pendahuluan mulai 1 Januari ini.
Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata SPNB
dengan kerjasama Cagamas Berhad (Cagamas) menawarkan
jaminan beli rumah
tanpa wang deposit itu hanya kepada pembeli rumah
pertama yang berpendapatan RM3,000 sebulan membabitkan
pembelian rumah yang dimajukan SPNB.
Katanya, tindakan itu juga untuk menyahut usaha
kerajaan dalam memastikan golongan yang ingin membeli rumah
tidak perlu
menyediakan wang pendahuluan yang selama ini menjadi antara halangan untuk mereka memiliki kediaman sendiri.
“Sebagai pemaju, SPNB akan memberikan jaminan
ini kerana melihat kebanyakan pembeli tidak mampu menyediakan wang pendahuluan.
“Kita mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga
antara RM35,000
hingga RM220,000 di seluruh negara yang belum dijual.
Jadi ini peluang golongan muda memiliki rumah
tanpa perlu sediakan pendahuluan 10 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
pelancaran Program Kesedaran Amalan HIFI
(Helpful, Informative, Friendly, Immediate) untuk warga SPNB,
di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan SPNB,
Prof Dr Kamarul Rashdan Salleh.
Pada sidang media sama, Idris turut mengumumkan
empat projek baru membabitkan pembinaan
1,200 unit rumah di Selangor, Johor, Kedah dan Sabah
mulai tahun depan.
Mengenai masalah 41 pemilik rumah Taman Anggerik Fasa 2,
Senawang, Negeri Sembilan yang mendakwa projek berkenaan masih
terbengkalai, beliau berkata,
projek itu bukan dikendalikan SPNB seperti didakwa pembeli.
“Tahun ini, kita berjaya menjual 3,000 unit
berjumlah RM400 juta dan tahun depan SPNB menyasarkan jualan
sebanyak 6,300 rumah.
“SPNB yakin jualan tahun depan akan meningkat
dengan kerjasama Cagamas. Kita juga menawarkan pakej jualan
menarik, termasuk diskaun 10 hingga 30 peratus,
bergantung kepada lokasi kawasan perumahan, termasuk
khidmat guaman percuma,” kata Dr Kamarul.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10), kerajaan
menyasarkan pembinaan 161,000 unit rumah mampu milik,
iaitu 78,000 unit dibina kerajaan dan 83,000 unit oleh swasta.
Pembeli baru berpendapatan kurang
daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah, kerajaan memperkenalkan
Skim Rumah Pertamaku yang akan dilaksanakan Cagamas Berhad,
syarikat
perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara.
Ini akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10
peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dan
membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman
100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus
wang pendahuluan
seperti amalan lazim.
Pembeli rumah pertama juga akan diberikan
pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara
pindah milik dan surat cara perjanjian pinjaman bagi rumah berharga
tidak melebihi RM350,000.
~Berita Harian~

p/s: Terasa nak mohon lak..dpt rumah kos rendah atau sederhana rendah pun Alhamdullilah...
yer lah gaji xseberapa..
mana leh nak mohon rumah banglo :P
0 Sweet Kukis:
Post a Comment