♥ Let's Follow!!~ ♥

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Salam...
Terima tag dr Wani.. thanks ya :)
Tulang belakang kempen ni dari Thepotpetking.
Terima kasih ats usaha murni ni.. :)

Bercakap pasal Aurat, Shaa pun ada kekurangannya...
Tapi mudahan2 dengan izin Allah swt,
Shaa ingin perbaiki kelemahan2 yg ada..

Meh baca Info ni;

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Dulu Shaa pakai tudung bawal..
walaupun Shaa tau tdg bawal tu jarang tp masih ttp pakai gak..
dah lah tak ske pakai scarf penuh..
just pakai yg tutup depan jer...
bila pakai kan, nmpak lah rambut2 yg tercacak2 tu..
bila ingat balik...betapa alpa nyer Shaa
Then, mula ubah sket2..
pakai tdg yg tak jarang...
italy, Ariani dll
nak2 zaman sekarang fesyen makin bnyak pilihan..
cuma pilihan yg kita buat tu betul atau tidak jer...
Pilihan di tangan kita..


Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Bab ni Shaa sendiri tak paham..
baju adik2 pun nak di sarung kat badan
tak rasa sesak ker?
Kadang2 bila membongkok, nmpaklah lurah punggung..
tak rasa ke angin2 masuk lalu lalang??
Kalau tanya, mesti jawapannya "Fesyen terkini"
tp niat dlm hati siapa yg tau...kan?

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Sudahkah kita tanamkan iman?
Menutup aurat sepanjang badan.
tidak pada rambut sahaja...
tapi keseluruhan...
Moga Shaa sendiri bina azam, tanam iman
usaha tuk perbaiki lagi kelemahan
yg kadang2 kita sendiri tak perasan..
Moga Allah swt tunjukkan jalan..



nak tag sapa erk?
pening lak nak pikir..
:P
Jom ramai2 kita mula berkempen (^_^)

3 Sweet Kukis:

hamizahamidon said...

ya , pilihan memang di tangan kita :)

asyfiqaz said...

thanks for supporting!
semoga usaha kecil kita ni diberkati Allah =)

SumaiyyahAbidah said...

Salam...

Satu lagi komen yang menarik dari penyokong-penyokong kempen ni!

Congrats sebab berjaya berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah terus melimpahkan hidayah kepada kita semua, Insya-Allah.

Salam ukhuwwah, sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...