♥ Let's Follow!!~ ♥

Pizza Sosej


Pizza Sosej ni wat tuk makan malam tadi....
Tapi Shaa wat separuh adunan dan nipis ala thin crust..
Tak cukup bahan tuk topping... (^_^)
tapi boleh ajer ..
Note : Font biru tu bahan2 yg Shaa guna dan utk 1/2 adunan..

BAHAN2 DOH PIZZA
Resepi Doh Pizza ni dari Cik Mat Gebu...

300 g tepung gandum (150g tepung gandum)
6 g instant yeast
( 2g instant yeast)
20 g mentega
( 10g mentega)
10 g gula halus
( 5g gula halus)
1 camca teh bread improver (optional)
( 1/2 camca teh bread improver)
1/4 camca teh garam
( sedikit garam)
1 1/2 camca besar madu
( 1 sudu kecil madu)
170 ml air
( 85ml air)
Sedikit tepung untuk ditabur
1sudu besar Susu Segar

Bahan2 Pizza yg Shaa guna..
3 batang sosej ayam "Ayamas", hiris serong
1 biji bawang besar, di cincang kasar
Bawang puting di cincang halus
Keju
Sos Tomato
Oregano Kering
Garam
Serbuk Black Pepper

1- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas,
kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2- Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal,
jika melekit, tambah sedikit tepung.
3- Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
4- Panaskan oven pada suhu 190C
5- Sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan.
6- Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
7- Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari
hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
8- Ratakan Sos Tomato tadi di atas Doh..
Taburkan Bawang putih + bawang besar yg di cincang tadi...
Dan susun Sosej diats nya..
9- Kemudian taburkan sedikit garam halus, serbuk black pepper, oregano kering
dan diakhiri dengan keju mozzarella.
10- Bakar 15 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
11- Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran..

♥ so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

1 Sweet Kukis:

zacky ~786~ said...

pergghh sedapp yerr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...