♥ Let's Follow!!~ ♥

Jual wajah tanpa sedar??

Salam allz...


Terkadang bila melayari blog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya
bagi manusia yang memayakan diri mereka,
saya merasa hairan melihat sesetengah blog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat,
tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda,
ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci!
Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.
Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu.
Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.
Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu blog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang
menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang
apa Yang mereka kerjakan. ”
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda
yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa
di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk
hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula
memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki
anda….
Credit: NHH

Nak2 yg puji ke'comel'an..bukan memuji ke'comel'an blog kamu..
tapi memuji rupa kamu...
kamu bangga..dipuji2 sebegitu?
lalu kamu upload banyak2 lagi gambar wajah2 kamu di setiap penjuru blog...
dan tanpa kamu sedar, kamu menjual wajah....
dan .....

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin
anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin
juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga
lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit
gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda
tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma
berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Credit: NHH

Ada terbaca kat blog2 rakan, yg marah pada pencuri profile sbb guna gambar nyer di FACEBOOK...tp kamu xsedar kesalahan tu dtgnya dr kamu sendiri..
Adalah salah jika ambil gambar tanpa izin kamu, tapi apa niat kamu bila paparkan gambar kamu?? tidakkah untuk menunjuk2 yg itu adalah kamu....dan rela org melihat dan menyimpan gambar kamu....

p/s: jangan terasa hati dan merajuk bawa diri dengan kata2 ku kat ats tu....
tapi kalau terasa hati dan ingin berubah diri...ambil langkah sendiri...
yg perlu berubah adalah kamu...diri kamu, kamu lah harus menjaga nya.....
Dan Shaa sendiri moga sentiasa ingat dlm hati, moga x tersalah langkah sepanjang ber belog...
Kalau aku mula tersilap langkah, tegur lah aku...
tp secara berhemah yer.....(^_^)

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com