♥ Let's Follow!!~ ♥

Kemas Stor + Kek Asam Manis Kukus

Semalam hari yg sangat memenatkan...hohoho
Mengemaskan bilik stor aka bilik 3 dekat dapur...Buang benda2 yg tak patut nak simpan...
Benda yg dok sayang2 nak buang akhirnya terbuang jugak...
Bila time Shaa nyer barang, Encik Daddy dok kata " Buang je lah, barang tu....wat apa nak simpan..menyemak ajer"
So, dengan berat hati...ku masukkan gak dlm plastik sampah....
sob2


Dan bila ada satu plastik brg Encik Daddy ku jumpa...
Wah, kemain lama laa Encik Daddy dok telek...
Dan Shaa balas ler balik ayat manis Encik Daddy ku itu....hohohoho

Kemudian itu, rehat sebentar bersama kitkat sbb ada bekas pelajar Encik Daddy datang rumah time2 nak dekat waktu Zuhur..
Sementara tunggu Encik Daddy berbual...
Shaa pun start ler masak lauk tengahari iaitu Tomyam Ayam Kaw kegemaran Haziq, Encik Daddy dan Saya....eheheh

Dalam duk masak, tinggal nak masuk kan daun limau purut + bawang kuning yg dah siap di potong bulat2.....Buka peti es dan
tertengok kat para 3 peti es, ternampak lauk yg Mak bg semalam..
"Masak Lomak Ciliapi Nangka ngan Daging"..
Sangat2 lah terlupa kekdahnyer.....
Jadinya lauk Tomyam Ayam Kaw ku tutup api dan simpan tuk makan Malam dan selebihnya tuk arini....

Siap Makan + kemas2 dalam pukul 4petang...sungguh2 lah letihnyer....
Lepas maghrib, Shaa dah tertidur...kunun2 nak rebah tapi dah terhabis lak zzzz...http://www.emocutez.com
tak sempat nak tgk citer Korea "Smile Again"..
Korea ke Melaka, Shaa ke Korea lah plak...kehkeh

Tersedar dari tdo dlm kul 8.45 mlm...
Duk2 kemas saki baki kat Dapur, ternampak bekas tupperware yg dalamnya ada Haw Flakes....
Mak punye ni benarnya..tgk kat umah mak x terusik pun,
Jadinya Shaa wat balik umah ler.....

Ingat nak wat Haw Flakes Cookies...tp akhirnya wat Haw Flakes Cake...Bukan Kek Lapis yer...xpandai den nak menggayakan..Just Kek in pink colour

Credit : HaSue
Bahan-bahan
• 165g Marjerin
• 200g Gula Pasir Halus ( Shaa guna 185g shj)
• 3 Biji Telur-Gred A
• 160g Tepung Gandum
• 45g Asam Manis(hawflakes)
• 1 sudu esen vanilla
• Pewarna Pink Secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air dlm pengukus.Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Mula memukul adunan dgn mixer sehingga gula dan marjerin bergaul rata..(x pyh tggu kmbg sgt sbb marjerin x sehalus mentega)

2. Masukkan telur satu-persatu(sambil terus memukul adunan pd kelajuan tinggi) sehingga habis.Kemudian masukkan esen vanilla.

3. Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dlm adunan dan pukul sebati.Warnakan adunan dengan pewarna Merah Jambu.Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati.Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bwh bekas.Jika ni tjadi kek anda akan nmpk bminyak sket sbb adunan x brp sebati

4. Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk.Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dkukus..
Kalau nak letak lebih Haw Flakes pastikan kurangkan gula nya....

5. Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.Sediakan loyang yg sudah dsapu marjerin dan ditabur rata dgn tepung.

6. Masukkan adunan terus ke dalam loyang da
n tutup...Gunakan tuala utk mengalas penutup pengukus.


7. Pastikan kukusan sdh mendidih.Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kpd saiz pengukus.


so yummmmyy!!!!~♥
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com