♥ Let's Follow!!~ ♥

Kek Coklat Moist


Kek Coklat Moist ni buat pagi semalam...
Dah lama gak tak wat....last bulan 3 masa besday Haziq & Shaa...

So, sbb dah lama tak wat + mmg feveret Haziq,
maka Shaa wat lah Kek Coklat Moist ni + topping Coklat ganache...
Deco2 mmg Shaa tak brapa pandai dan dengan peralatan yg x mencukupi..
huhuhu
Apa2 pun Shaa dah tanam azam tuk tahun 2011
; beli peralatan lengkap tuk hobi ku ini...


KEK COKLAT MOIST

Bahan2;

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

Topping Coklat Ganache

Bahan2 ;

Serbuk Koko
Coklat Compound
Sedikit susu pekat manis
sedikit Butter

Masak secara Double -Boiler
(tapi shaa guna microwave ajer)

dah cair, masukkan sedikit air panas
dan gaul sebati

taraa..siap sudah~~
http://www.leeloublogsimages.com/Layouts/2010/Flower%20Power/FlowerLaydownPostDiv350.png

0 Sweet Kukis:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...