♥ Let's Follow!!~ ♥

Showing posts with label MUST READ. Show all posts
Showing posts with label MUST READ. Show all posts

Pokok Pelangi? Salah satu Keajaiban ciptaan Allah...

Rainbow Eucalyptus (Eucalyptus deglupta)




The Rainbow Eucalyptus (Eucalyptus deglupta) or Mindanao Gum is the
only species of Eucalyptus tree found in the northern hemisphere. As if
that weren’t extraordinary enough, the up to 70-m tall tree also shines
in the colours of the rainbow: its bark can take on a yellow, green,
orange and even purple shading!

Nope, no crazy abstract painter has put a paint brush to this tree:


The unusual phenomenon is caused by patches of bark shedding at
different times. The different colours are therefore indicators of the
age of the bark: Freshly shed outer bark will reveal the bright green
inner bark. This darkens over time and changes from blue to purple and
then reaches orange and maroon tones.

One would think that a tree this pretty and unusual should, well, if
not be worshipped, at least be put on public display in parks and
forests. Sadly, that is not the case. Rainbow Eucalyptus trees are
cultivated around the world mainly for pulpwood creation purposes. Wood
pulp is the most common ingredient when making paper, white paper that
is. The pulp can be chemically or mechanically separated from the wood.
It is a dry, fibrous material whose fibres disperse and become more
pliable when suspended in water.

Pulpwood’s here to stay though as it is considered a source of green
energy, and demand has increased over the last few years. Currently
though, trees cultivated specifically for pulp production account for
only 16% of world pulp production. About 9% comes from old growth
forests and the remaining 75% from second-, third- and more generation
forests. That’s a lot of tree years wasted for a bit of pulpwood!


However, reforestation and specific cultivation for pulp wood purposes
are on the rise, making the trees a renewable energy.
If you want to spot a Rainbow Eucalyptus tree live and in all its
glory, you’ll have to travel to Indonesia, Papua New Guinea or the
Philippines, the tree’s only native places. However, it has been
introduced worldwide as an exotic wood in South America, Malaysia, Sri
Lanka, China and other countries.
~ Credit~


Allah Maha Berkuasa..Cantik sgt!~

Jual wajah tanpa sedar??

Salam allz...


Terkadang bila melayari blog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya
bagi manusia yang memayakan diri mereka,
saya merasa hairan melihat sesetengah blog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat,
tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda,
ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci!
Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.
Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu.
Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.
Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu blog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang
menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang
apa Yang mereka kerjakan. ”
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda
yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa
di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk
hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula
memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki
anda….
Credit: NHH

Nak2 yg puji ke'comel'an..bukan memuji ke'comel'an blog kamu..
tapi memuji rupa kamu...
kamu bangga..dipuji2 sebegitu?
lalu kamu upload banyak2 lagi gambar wajah2 kamu di setiap penjuru blog...
dan tanpa kamu sedar, kamu menjual wajah....
dan .....

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin
anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin
juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga
lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit
gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda
tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma
berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Credit: NHH

Ada terbaca kat blog2 rakan, yg marah pada pencuri profile sbb guna gambar nyer di FACEBOOK...tp kamu xsedar kesalahan tu dtgnya dr kamu sendiri..
Adalah salah jika ambil gambar tanpa izin kamu, tapi apa niat kamu bila paparkan gambar kamu?? tidakkah untuk menunjuk2 yg itu adalah kamu....dan rela org melihat dan menyimpan gambar kamu....

p/s: jangan terasa hati dan merajuk bawa diri dengan kata2 ku kat ats tu....
tapi kalau terasa hati dan ingin berubah diri...ambil langkah sendiri...
yg perlu berubah adalah kamu...diri kamu, kamu lah harus menjaga nya.....
Dan Shaa sendiri moga sentiasa ingat dlm hati, moga x tersalah langkah sepanjang ber belog...
Kalau aku mula tersilap langkah, tegur lah aku...
tp secara berhemah yer.....(^_^)

Rumah tanpa deposit

11,000 unit kediaman
ditawarkan bermula Januari di seluruh negara


KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
menawarkan 11,000 unit rumah berharga antara RM35,000 hingga RM220,000 di seluruh negara kepada pembeli,
tanpa mengenakan bayaran wang pendahuluan mulai 1 Januari ini.


Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata SPNB
dengan kerjasama Cagamas Berhad (Cagamas) menawarkan
jaminan beli rumah
tanpa wang deposit itu hanya kepada pembeli rumah
pertama yang berpendapatan RM3,000 sebulan membabitkan
pembelian rumah yang dimajukan SPNB.

Katanya, tindakan itu juga untuk menyahut usaha
kerajaan dalam memastikan golongan yang ingin membeli rumah
tidak perlu
menyediakan wang pendahuluan yang selama ini menjadi antara halangan untuk mereka memiliki kediaman sendiri.

“Sebagai pemaju, SPNB akan memberikan jaminan
ini kerana melihat kebanyakan pembeli tidak mampu menyediakan wang pendahuluan.


“Kita mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga
antara RM35,000
hingga RM220,000 di seluruh negara yang belum dijual.
Jadi ini peluang golongan muda memiliki rumah
tanpa perlu sediakan pendahuluan 10 peratus,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
pelancaran Program Kesedaran Amalan HIFI
(Helpful, Informative, Friendly, Immediate) untuk warga SPNB,
di sini semalam.


Hadir sama, Pengarah Urusan SPNB,
Prof Dr Kamarul Rashdan Salleh.
Pada sidang media sama, Idris turut mengumumkan
empat projek baru membabitkan pembinaan
1,200 unit rumah di Selangor, Johor, Kedah dan Sabah
mulai tahun depan.


Mengenai masalah 41 pemilik rumah Taman Anggerik Fasa 2,
Senawang, Negeri Sembilan yang mendakwa projek berkenaan masih
terbengkalai, beliau berkata,
projek itu bukan dikendalikan SPNB seperti didakwa pembeli.


“Tahun ini, kita berjaya menjual 3,000 unit
berjumlah RM400 juta dan tahun depan SPNB menyasarkan jualan
sebanyak 6,300 rumah.


“SPNB yakin jualan tahun depan akan meningkat
dengan kerjasama Cagamas. Kita juga menawarkan pakej jualan
menarik, termasuk diskaun 10 hingga 30 peratus,
bergantung kepada lokasi kawasan perumahan, termasuk
khidmat guaman percuma,” kata Dr Kamarul.


Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10), kerajaan
menyasarkan pembinaan 161,000 unit rumah mampu milik,
iaitu 78,000 unit dibina kerajaan dan 83,000 unit oleh swasta.


Pembeli baru berpendapatan kurang
daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah, kerajaan memperkenalkan
Skim Rumah Pertamaku yang akan dilaksanakan Cagamas Berhad,
syarikat
perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara.


Ini akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10
peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dan
membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman
100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus
wang pendahuluan
seperti amalan lazim.


Pembeli rumah pertama juga akan diberikan
pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara
pindah milik dan surat cara perjanjian pinjaman bagi rumah berharga
tidak melebihi RM350,000.


~Berita Harian~

p/s: Terasa nak mohon lak..dpt rumah kos rendah atau sederhana rendah pun Alhamdullilah...
yer lah gaji xseberapa..
mana leh nak mohon rumah banglo :P

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang.
Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut.
Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu.
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan
dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun,
semua gigi susunya telah tumbuh.
Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh.
Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya.
Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua.
Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun,
biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang.
Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi.
Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal,
maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada.
Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?

1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah)
atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.
Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali.

Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan.
Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi.
Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan.
Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa.
Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama,
ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu.
Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)

Credit: Dr. Leen

Buang kembar parasit

TIDAK ada apa perbezaan yang dapat dilihat pada Rishabh Ghimire dibandingkan kanak-kanak berusia setahun sepertinya ketika dia asyik berseronok bermain dengan dua abangnya.
Namun bila dilihat dari jarak dekat parut pada perutnya, ia akan memberi gambaran mengejutkan mengenai kehidupan kanak-kanak itu sebelum ini.


Rishabh dilahirkan dengan ketumbuhan besar pada perutnya.
Ia adalah sebahagian daripada kembar parasitnya, dengan dua tangan dan dua kaki tetapi tanpa kepala, hidup dengan bergantung pada bekalan darahnya dan secara perlahan-lahan menyebabkan kanak-kanak itu derita.


Mujur nyawa Rishabh dapat diselamatkan awal tahun ini, hasil pembedahan yang julung kali diadakan untuk kes seumpama itu.
Kisah kanak-kanak yang digelar Octoboy kerana memiliki lapan anggota itu mendapat tumpuan di Nepal, negara kelahirannya dan juga di India. Ada sebahagian masyarakat menganggap dia dewa Hindu.

Rishabh yang dilahirkan Januari tahun lalu antara 200,000 kanak-kanak yang lahirkan dengan kecacatan ganjil setiap tahun.
Ia berlaku apabila kembar mereka gagal berpisah di dalam rahim dan kembar parasit itu terus melekat pada bayi yang dilahirkan, menghisap darah dan tenaga pasangannya untuk kekal hidup.

Rishabh kesuntukan masa dan dia pasti mati jika tidak menjalani pembedahan segera.
Dalam satu dokumentari televisyen yang mengisahkan cerita menakjubkan itu, ibunya, Januka dilihat sukar mendukung anaknya dan ketumbuhan parasitnya sebelum pembedahan dilakukan.

“Dia adalah raja kecil saya tetapi dia tidak boleh makan dan sentiasa menangis. Dia begitu kurus dan selalu sakit. Kali pertama saya melihat Rishabh saya tidak tahu apa hendak saya dilakukan.
“Kami suami isteri bingung kerana tidak pernah mendengar atau melihat kanak-kanak dengan keadaan seperti itu sebelum ini. Ada penduduk kampung percaya Rishabh jelmaan dewa Hindu yang mempunyai banyak anggota tubuh.

“Ada juga jiran menggelar saya tukang sihir dan ibu kepada hantu yang hidup. Apabila orang bercakap hal yang buruk, tentu ia mengecewakan saya.
“Sebagai ibu, saya hanya dapat menangis di dalam hati. Saya berusaha tunjuk tabah, tetapi ia tetap mengganggu saya,” kata Januka.


Tanpa pembedahan, Rishabh berdepan kemungkinan mati kerana kembar parasitnya menyebabkan jantungnya terjejas.
Mujur, melalui badan kebajikan kanak-kanak, Mending Kids Internantional, tokoh pakar bedah kanak-kanak Amerika Syarikat, Dr James Stein bersetuju melakukan pembedahan itu di Hospital Kanak-Kanak Los Angeles.

Dokumentari itu, My Shocking Story: Octoboy, yang disiarkan menerusi rangkaian Discovery UK baru-baru ini turut menyiarkan kunjungan Dr Stein ke kediaman keluarga Ghimire di Nepal tahun lalu.
Sebelum pembedahan dilakukan, Dr Stein berkata: “Saya nekad melakukan pembedahan seumpama itu. Bagaimanapun, untuk melakukan pembedahan yang begitu rumit boleh dianggap sebagai mimpi yang menjadi kenyataan. Namun, banyak kesilapan mungkin terjadi ketika pembedahan.

“Keadaan Rishabh begitu tenat. Dia tidak membesar seperti sepatutnya dan ini adalah tanda pertama keadaannya semakin teruk dan memerlukan pembedahan.” Januka dan suaminya, Rishi, cemas ketika bersiap untuk perjalanan sejauh 12,800 kilometer dari Nepal ke California.


Mereka yang hidup miskin dan bergantung kepada hasil pertanian begitu bimbang untuk ke Amerika Syarikat.
“Kami tidak boleh bercakap bahasa mereka. Mereka tidak menggunakan tangan untuk makan. Kami tidak tahu bagaimana hendak berdepan suasana di negara itu.

“Saya tahu ia pembedahan besar. Saya bimbang jika ia gagal. Bagaimana kami akan pulang? Apa hendak saya beritahu kepada ibu bapa saya? Bagaimana saya akan menerima kenyataan? Ia benar-benar menakutkan saya. Saya hanya berdoa Rishabh akan pulih dan berjaya dalam hidupnya.” Pada awal pagi selepas tiba di California, Rishi dan Januka berbincang dengan Dr Stein mengenai pembedahan itu.


Di Nepal, hasil pengimbasan CAT mengesahkan kembar parasit itu tidak memiliki otak, jantung atau organ dalaman sendiri, kecuali hatinya yang bercantum dengan hati Rishabh.
Kakitangan hospital bertanya Rishi dan Januka mengenai perasaan mereka terhadap tubuh tidak bernyawa itu sebaik ia pisahkan daripada Rishabh kelak. Ia adiknya yang tidak menjadi tetapi kulit berlebihannya mungkin berguna untuk menutupi lukanya.

Rishi menjawab: Anda boleh gunakan apa saja yang diperlukan Rishabh. Yang lain tidak berguna bagi kami.” Januka juga berpendapat begitu. Katanya: “Saya mahukan dia normal dan menjadi manusia dihormati di kampung kami.” Keesokannya penuh dengan emosi apabila Rishabh dibawa masuk ke bilik pembedahan. Sebelum ini dia tidak pernah berada jauh dari sisi ibunya. Januka yang tidak dapat menahan perasaan pengsan selepas menangis sepuas-puasnya.


Pada jam 5 pagi, Dr Stein dan pasukan perubatannya yang membabitkan 10 orang, mula menjalankan pembedahan. Prosedur intensif itu mengambil masa lima jam.
Ia bermula dengan memotong belakang kembar parasit untuk melihat bahagian dalam perut Rishabh.
Dr Stein berkata: “Kami sudah mengkaji imej imbasan CAT tetapi selalunya pasti ada kejutan.
“Akan ada kelainan sedikit. Bayi kembar siam tidak mempunyai anatomi standard sepenuhnya. Ia adalah babak paling menarik, memikirkan apa hendak dilakukan dengan kejutan itu.” Saluran usus didapati tidak bercantum. Bagaimanapun, Dr Stein mengambil keputusan untuk membiarkan hati kembar parasit itu terus melekat dengan hati Rishabh.


Dalam keadaan kanak-kanak itu tidur lena, doktor menggunakan pena hitam untuk melukis bahagian yang akan dibuang.
“Kami melakukan pemeriksaan terakhir sebelum melakukan pembedahan. Bahagian paling besar kembar parasit itu sebenarnya hanya lapisan kulit yang boleh kami gunakan untuk menutup bahagian luka pada tubuh Rishabh.
“Bahagian atas, bahu dan lengan, kemudian dipisahkan daripada bahagian bawah, perut bersama-sama usus besar dan kaki,” kata Dr Stein.


Lima jam kemudian, Dr Stein meletakkan dua anggota tubuh yang dikeluarkan itu di atas meja pembedahan.
“Kami membuang sesuatu yang tidak patut berada di dalam tubuh kanak-kanak itu. Ia menggembirakan kami,” katanya.
Kedua-dua anggota tubuh yang dikeluarkan dari badan Rishabh kemudian dibawa keluar untuk kajian sementara Rishahb dihantar ke unit rawatan rapi.


Sepuluh hari kemudian, Januka dan Rishi menangis kegembiraan apabila bertemu buat kali terakhir dengan Dr Stein yang mengesahkan Rishabh sudah boleh pulang.
Bebas daripada kembar parasitnya, kanak-kanak itu mula merangkak untuk kali pertama.
Januka berkata: “Dia kelihatan gembira sekarang. Dia tidak berhenti bermain dan berjalan. Sebelum ini, untuk berdiri pun terlalu sukar baginya. Kini dia boleh memakai pakaian biasa dan tidak ada apa akan menyekatnya daripada membesar.” Dengan linangan air mata, Rishi mengucapkan terima kasih kepada Dr Stein yang membantu anaknya.
“Terima kasih banyak-banyak kerana bantuan anda. Anda memberi kehidupan baru kepada anak saya. Saya tidak akan melupakan masa saya di Amerika. Ia mengubah hidup kami dan Rishabh mempunyai kehidupan
baru.”


Sumber: hmetro


Ooh Wanita!~

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,,
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....


p/s: Kaum Adam sila habiskan bacaan anda...

renung2kan....

tataa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com